TOK KENALI (NEGERI KELANTAN)
![]() |
TOK KENALI |
Muhammad Yusuf
bin Ahmad atau
lebih dikenali sebagai Tok
Kenali (1868 – 1933) ialah
seorang tokoh ‘Ulama’ Ulung , guru agama Islam yang agung, tokoh
pembangun pemikiran umat Islam di dunia dan pencetus ilmu pengajian Islam di
Malaysia dan Asia Tenggara khususnya, di awal abad ke-20. Beliau seorang Alim Rabbani yang dalam hidupnya banyak berpandukan kitab
Suci Al-Quran disamping Sunnah Nabi
Muhammad Shallallaahu
alaihi wasallam. Beliau disebut juga sebagai seorang yang memilih hidup
sederhana dan juga seorang wali keramat dan mendapat ilham daripada Allah dan ilmu laduni (Ilmu
Bagi seseorang yang mengkaji
sejarah tanah air, lebih-lebih lagi menyelidiki “sejarah kelantan’ maka dia
secara langsung atau tidak, akan menemui nama Tuk kenali’. Mengikut perkembangan
sejarah, Tuk Kenali adalah merupakan seorang pembangun fikiran umat Islam di
dunia sebelah sini menerusi pengajaran kepada murid-murid yang bertebar pada
beberapa tempat di Alam Melayu, juga melalui fikiran-fikirannya yang membina
menerusi majalah “Pengasuh”, keluaran Majlis Agama Islam dan Adat
istiadat Melayu kelantan dan majalah “Al-Hikmah” sebuah majalah pengatahuan
yang antara lain yang sedang bersemarak di masa ini.
Sesuatu perkara yang menarik
perhatian kita ialah perjuangan dan penghidupan Tok Kenali adalah agak nyata.
Beliau banyak menerima pengaruh dari ajaran-ajaran Failasuf islam Al-Iman
Ghazali , (1058-1111M) seorang pembangun dan pembina fikiran umat Islam yang
banyak membuat pembaharuan dalam acara mengupas soal-soal agama berdasarkan
ajaran-ajaran kitab suci Al-Quran dan hadis di samping memperoleh ilmu ladunni
di zaman silam. Melihat kepada perjuangannya, kita mendapati cara perjuangannya
hampir-hampir sama dengan perjuangan Syaikh Muhammad Abduh (1849-1905M),
seorang pembawa pembaharuan pemikiran umat Islam yang meletakkan kitab Al-Quran
sebagai asas perjuangannya dan perjuangannya adalah secara menyeluruh menyedar
dan membina masyarakat dalam aspek hidup, agama, ilmu pengatahuan, politik,
sosial ekonomi dan lain-lain yang secara kebetulan di masa Tuk kenali berada di
kota Suci Makkah dan semasa beliau melawat ke Mesir 1322H (1904M) merupakan akhir zaman
Syaikh itu.
TARIKH LAHIR
Beliau
dilahirkan di Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan kira-kira
pada tahun 1287H (1870M*) dengan nama Muhammad Yusof (pernah disebut sebagai
Awang sahaja) iaitu di penghujung pemerintahan Sultan Muhammad II (1837-1886M).
Bapanya seorang petani bernama Ahmad, manakala Fatimah, ibunya adalah seorang
insan yang sopan dan bercita-cita tinggi dan murni.
LATAR BELAKANG
Muhammad Yusoff dilahirkan
dalam keluarga yang sederhana, dan ini adalah membentukkan sifat peribadinya
yang tidak menonjol. Bapanya seorang petani manakala ibunya bagaimana kebiasaan
orang-orang di kampungnya adalah bekerja menolong pekerjaan suaminya.
Sebelum melanjutkan pelajaran
ke luar negeri, Muhammad Yusof telah mula belajar pada datuknya sendiri Encik
Salleh (Tok Leh) iaitu dalam pelajaran membaca kitab suci Al-Quran dan
pelajaran tulis-menulis. Sesudah itu dia menyambungkan pelajaran ke masjid
Besar Al-Muhammadi, Kota Bharu dan tempat-tempat pengajian lain di sekitar kota
Bharu dalam pelajaran Bahasa Arab, nahu, saraf juga pengetahuan
agama.
Isterinya ialah Cik Ruqayyah
Mahmud. Beliau dikurniakan empat orang anak, iaitu Ahmad, Muhd Shaalih,
Mahmud dan Abdullah Zawaawi.
Perlu disebutkan bahawa
datuknya adalah seorang yang lebai, warak, mempunyai sedikit sebanyak ilmu-ilmu agama untuk panduan hidup, seorang yang mempunyai
kesedaran, mematuhi peraturan-peraturan agama dan gemar berbuat ibadat
semata-mata mencari keredaan Allah.
Bapanya meninggal dunia sewaktu
umurnya baru meningkat 5 tahun. Beliau dilantik di bawah pengawasaan datuknya
menyebabkan pengaruh bapanya kurang terasa dalam corak hidupnya. Di samping
itu, nenek perempuan tirinya, Tuk Mek ngah turut memberikan pendidikan yang
baik kepadanya termasuk pengawasan terhadap punca-punca makanan yang hendak
disajikan. Menurutnya pengaruh-pengaruh makanan-makanan yang haram adalah
membawa akibat yang buruk dalam penghidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat.
KEBOLEHAN LUAR BISASA
Kecenderungan Tuk Kenali dalam
pelajaran adalah nyata sejak kecil lagi. Perasaan ingin maju dan ingin tahu
adalah meluap-luap di dadanya. Dalam tempoh yang pendek dia telah dapat
mengkhatami pembacaan kitab suci Al-quran dan dapat menulis dengan baik. Kerana
itu tidaklah hairan mengapa dia telah dipilih oleh penggawa daerahnya untuk
menjadi seorang kerani sebagai pembantunya dalam mengira dan menguruskan
hasil-hasil tanaman dan kebun di kawasan tersebut sewaktu dia berusia antara
tujuh ke lapan tahun.
Dalam beberapa laporan lain, misalnya
laporan dari salah seorang penduduk Kubang Kerian yang menceritakan pada
wartawan Majalah Tiga yang
ditayangkan pada Sabtu, 13 Jun 2009.Pemuda itu menceritakan bahawa ayahnya
telah menceritakan kepadanya tentang kisah kebolehan Tok Kenali.Bapanya
menceritakan bahawa pada suatu ketika, di sebuah kampung di Kelantan,
terdapatnya beberapa masyarakat Melayu Kelantan lama yang suka menyabung ayam
dan menyabung lembu,keadaan pesta menyabung itu sangat bising dan hiruk pikuk
lantaran keasyikan masyarakat yang suka pada perbuatan menyabung haiwan,(pada
kebiasaannya perbuatan menyabung haiwan dapat menyebabkan masyarakat penyabung
terdedah dengan kegiatan judi dan pergaduhan).Oleh demikian,Tok Kenali dan
beberapa orang kampung telah terganggu akan kebisingan pesta sehinggakan Tok
Kenali pada waktu itu beranggapan dan melafazkan bahawa terdapatnya rumah
terbakar di kampung itu. Dengan kuasa Allah, pada petang hari pesta menyabung
itu juga, kebanyakan daripada rumah-rumah penyabung haiwan itu telah dijilat
api keseluruhannya. Maka begitulah kekuasaan Allah SWT terhadap hamba-Nya yang
beriman dan ingkar.
TOK JANGGUT
![]() |
TOK JANGGUT |
Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok
Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada ialah seorang penentang penjajahan Britishyang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British ketika Perang Tok Janggut di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak
pengikut di Kelantan.
ok Janggut
mendapat pendidikan di Mekah dan
mahir bersilat.
Tok Janggut dikatakan ada pertalian dengan Sultan Muhammad IV dimana
bonda baginda diriwayatkan adalah adik beradik ayah atau ibu Tok Janggut. Ada riwayat
mennyatakan bahawa beliau adalah anak murid Tok Ku Paloh. Selepas Perjanjian
Inggeris-Siam 1909, pihak Britishmengambil alih pemerintahan
Kelantan daripada Siam dan mula membawa
pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang
diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri
Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah pengenaan cukai seperti berikut:
·
cukai tanah
·
cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun
·
cukai pokok
buah-buahan sebanyak
3 sen setahun
·
kelapa sebanyak 3 sen
setandan
·
sireh sebanyak 5 sen
sejunjung.
Pada 29 April 1915,
pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih
oleh Encik Latiff, menggantikan Engku Besar. Engku Besar ialah cucu kepada
Tengku Sri Maharaja Long Seri Ibni Long Gafar Limbat yang memperoleh kuasa
mentadbir kawasan timur Kelantan secara turun temurun. Keadaan bertambah buruk
apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British yang berasal daripada luar
Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal pengutipan cukai. Semua orang termasuk Sultan dan pembesar diwajibkan
membayar cukai tanah. Dikatakan Sultan Kelantan mempunyai 3000 ekar tanah dan
para pembesarnya mempunyai sekurang-kurangnya beratus-ratus ekar tanah. Keadaan
ini juga tidak menyenangkan Sultan.
Engku Besar
membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam,
dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British.
Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik
Latiff. Pada 29 April 1915,
Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh
Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok
Janggut Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh.
Pegawai Daerah kemudiannya lari ke Kota Bharu dan melaporkan kepada sultan
bahawa Tok Janggut ingin memberontak dan merampas kuasa.
Tok Janggut kemudian
menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff
melarikan diri ke Kota Bharu.
Bantuan daripada Singapura dan Negeri
Melayu Bersekutu dikejarkan
ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915.
Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung
Merbuk dan Kampung
Pupuh. Pengikut Tok Janggut kemudiannya mendirikan sebuah kerajaan
didirikan di Pasir Puteh dengan Engku Besar Jeram sebagai Raja, Tok Janggut
sebagai Perdana Menteri, dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.
Kebangkitan Tok
Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok
Janggut sebagai penderhaka. Ini ditambah lagi oleh peristiwa abang Tok Janggut
telah dibunuh oleh budak raja oleh sultan sebelumnya menambah kebimbangan
sultan mengenai kebenaran dakwaan British. Dalam pertempuran
di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu
dalam kereta lembu yang
menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istanadi Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan. Pihak perisikan Inggeris
mengesyaki bahawa terdapat kerabat diraja dan orang besar Kelantan dalam
membantu pemberontakan Tok Janggut. Antaranya ialah Tengku Chik Penambang
(Tengku Panglima Raja) dan Tengku Abdul Ja'far Ibni Sultan Muhammad II (Tengku
Petra Dalam Kebun) Tengku
Abdul Ja'far sebelumnya memakai gelaran Tengku Temenggong Kelantan dan
melarikan diri ke Pattani apabila
dinafikan hak menaiki takhta Kelantan.
Perjuagan Tok
Janggut ini juga sebenarnya adalah datangnya dari semangat pahlawan-pahlawan
Pahang iaitu Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman serta pengikut-pengikutnya.
Ke semua pejuang-pejuang Pahang ini bersembunyi ke Terengganu, Kelantan dan Siam apabila
pada ketika itu British telah mempengaruhi Kerajaan Pahang agar memusuhi
mereka. Kerana tidak mahu bertempur dengan bangsa sendiri dan tidak mahu
menderhaka kepada Sultan, akhirnya mereka melarikan diri ke Terengganu,
Kelantan dan seterusnya Siam.
ReplyDelete.
Bismillahir Rahmanir Rahim
https://keep.line.me/s/Lb8uYYKl0c45XfYhErKpES9VipJoa6sXmUwle-HBC7I
Web: almawaddah.info
Salam wa rahmah
Kepada;
Yang dihormati para akademik, para rektor universiti dan para mufti.
Tan Seri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan
Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic". Rencana ini adalah bagi tujuan kajian dan renungan
Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin?
Terima kasih wa 'afwan.
Daripada;
Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
Kuala Lumpur
Malaysia.
ReplyDeleteBismillahir Rahmanir Rahmanirahim
https://keep.line.me/s/e3CDyq3Xh6tfeqo-Q1f-HigFRyCYa00QAvqdfwTEsuI
Salam dan renungan
Web: almawaddah.info
Kepada;
Para rektor universiti, para akademik dan para mufti yang dihormati.
Tan Seri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/tuan/puan
Perkara: "Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur'an dan ayat-ayat al-Qur'an yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah" sebagai kajian dan renungan. Diambil dari: almawaddah.info
Tidakkah al-Qur'an itu asas agama Islam yang diredai oleh Allah dan Rasul-Nya?
Tidakkah Islam itu rahmatan lil Alamin?
Terima kasih dan 'afwan.
Daripada;
Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
....
Semoga akan lahir lebih ramai lagi Tok kenali & Tok Janggut di bumi Kelantan.
ReplyDeleteSaya berdarah tok kenali. wallahuallam berdasarkan kata2 orang tua dari keluarga saya.
ReplyDelete