DATO' BAHAMAN
 |
DATO' BAHAMAN |
Abdul
Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato'
Bahaman ialah Orang Besar yang menentang
penjajah British di Semantan, kawasannya di
negeri Pahang, Tanah Melayu.Dato Bahaman ialah anak kepada Tuanku
Imam Nuh yang berasal dari Bangkinang, Kampar, Sumatera, dan Rokiah Abdul
Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan yang
berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan. Seorang yang pandai
bersilat dan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah menyebabkan Bahaman
digelarkan 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu sehingga sungai
yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan
seterusnya menjadi tempat persinggahan British.
Dato’
Bahaman juga dikatakan pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara
Ali dan menjadi rakan sepermainan kepada Sultan Ahmad ketika mudanya.
Apabila Sultan Ahmad menaiki takhta, Dato’ Bahaman terus menabur bakti kepada
tanah airnya.Pada Januari 1892, pihak Inggeris telah memaksa Sultan Wan Ahmad
untuk menamatkan kebangkitan Dato’ Bahaman di Pahang. Satu pasukan yang
dinamakan “Gerakan Sultan” telah dilancarkan pada 22 Januari 1892 dengan
kekuatan 800 orang. Seramai 140 daripadanya mempunyai senjat api yang dipimpin
oleh Tengku Ali, Rodger (Residen Pahang), Panglima Garang Yusof, Saiyid Ali
Badoh dan Abdullah dari Bera. Gerakan ini juga menemui kegagalan kerana selain
daripada hanya dapat memusnahkan 11 buah kubu kecil termasuk Kubu Batu Ampar,
jejak Dato’ Bahaman tidak dapat dikesan dan tidak ada tanda-tanda yang
memungkinkan Orang Kaya Semantan itu dan pengikut-pengikutnya yang terdekat
akan tertangkap. Pada awal bulan Februari, 1892, keadaan tegang dianggap telah
berakhir. Untuk sementara waktu, daerah Semantan telah diletakkan dibawah
jagaan Abdullah Bera.
Pada Mac
1892, pasukan Dato’ Bahaman berjaya menawan semula Lubuk Terua. Perjuangan
Dato’ Bahaman menjadi lebih hebat kerana dibantu oleh Tok Gajah. Pihak Inggeris
kalah dan Abdullah Bera terpaksa pulang ke Bera. Kubu Lubuk Terua dikawal oleh
orang-orang dari Cempaka dan Buluh. Ternyata mereka bersimpati dengan gerakan
penentangan Dato’ Bahaman terhadap Inggeris.
Pada Mei
1892, Inggeris telah menyerang Lubuk Terua lagi. Pejuang Pahang terpaksa
berundur ke Kelantan dan Terengganu. Di Terengganu, Ulama Tok Ku Paluh telah
menyemarakkan semangat pejuang Pahang untuk berjihad menentang Inggeris. Pada
14 Jun 1894, Kuala Tembeling dan Jeram Ampai berjaya ditawan oleh Dato’ Bahaman
bersama 100 orang pengikutnya.
Pada 29
Jun 1894 sepasukan tentera kerajaan Inggeris yang diketuai oleh Jeneral Walker
menyerang kumpulan penentang Inggeris yang diketuai oleh Datuk Bahaman, Tok
Gajah, Mat Kilau dan Mat Kelubi di Jeram Ampai, Kuala Tembeling, Pahang. Dalam
serangan itu Pemangku Penguasa Ulu Pahang bernama Wise, terbunuh bersama empat
anggota polis. Serangan tersebut menyebabkan Mat Kilau berundur ke Kelantan.
Ini menandakan berakhirnya perang menentang Inggeris di Pahang.
Sir Hugh
Clifford, Residen Bristish di Pahang melancarkan serangan secara besar-besaran
yang menelan belanja yang banyak, memburu mereka hingga ke Terengganu dan
Kelantan.
Gerakan
itu dihentikan pada bulan November 1895 apabila Datuk Bahaman, Pawang Nong dan
Mat Lela dikatakan menyerah diri kepada kerajaan Siam tetapi diberi tempoh
perlindungan dan ditempatkan di Chiengmai pada awal 1896, manakala Tok Gajah
dan Mat Kilau diberitakan meninggal di Terengganu.
Kebangkitan
Dato’ Bahaman selama 4 tahun (1891-1894) telah menyebabkan pihak Inggeris
menanggung hutang yang banyak. Sultan Ahmad dipaksa membayar sebanyak
7200.00 DOLLAR
setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.
MAT KILAU
 |
MAT KILAU |
Mat Kilau (1847-1970)
merupakan seorang pahlawan Melayu yang berjuang menentang
penjajah British di Pahang. Nama penuh beliau adalah Mat Kilau
bin Imam Rasu atau Tok Gajah. Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada
Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung
Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Mat Kilau pandai mengaji,
berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali
sebagai "Dikir Pahang". Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah
keras.
Apabila
berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang
bernama Yang Chik binti Imam Daud, dari Kampung Kedondong. Imam Daud adalah
seorang guru agama yang disegani di daerah Pulau Tawar, Jerantut, Pahang dan juga
merupakan guru mengaji kepada Mat Kilau dan rakan-rakanya. Hasil perkahwinan
ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat
Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja
belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih
mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Mat Kilau
juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu
kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Montok (Hj.Uthman bin
Senik) yang merupakan mufti Pahang ketika itu.
Mat Kilau
juga dikatakan pergi bertapa di Gua Kota Gelanggi yang terletak tidak
jauh dari Pulau Tawar untuk mendalami ilmu yang dituntutnya. Gua tersebut masih
ada hingga kini. Menurut beberapa pendapat orang-orang lama, gua ini boleh
menghubungkan Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Mat
Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah
menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Atas dasar
pungutan cukai yang menindas dan keangkuhan pihak penjajah, Mat Kilau, Dato
Bahaman dan Tok Janggut bersekutu berganding bahu memulakan pemberontakkan ke
atas pihak British. Namun begitu, pihak pemberontak tidak mendapat sokongan
Sultan terhadap pergerakkan penentangan British pada masa itu. Sultan yang pada
masa itu hanya mementingkan darjat dan talian persahabatan dengan pihak British
sanggup mengkhianati bangsa dan rakyatnya sendiri bagi mematahkan
pemberontakkan di Semantan.
Pada
bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di
Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan
Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau
suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi
seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat
Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan
amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang
diketahui namanya ialah Pawang Nong, Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali
(khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan
Mat Kilau.